Blogger Widgets

RUNNING MAN!!!

Annyeong! Hye! Assalammualaikum..

Siapa peminat artis Korea? Suju? Bigbang? SNSD? Running man!! Hmm.. Mesti ramai kan? Hahaha.. Ein ade satu berita sensasi nak bagitahu korang semua.. Korang nak tahu tak? Kalau nak meh sini Ein nak bagitahu..

Running Man akan datang Malaysia!!! Wahhh.. Tak sangka akhirnya tercapai juga hasrat peminat2 Running Man Malaysia untuk jumpa dengan mereka.. Terima kasih kepada Big Pocket Group yang telah mengesahkan empat daripada ahli2 Running Man iaitu, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Haha dan Gary akan berada di Malaysia dari 6 hingga 8 september ini.. Walaupun tak semua yang datang, kami sangat2 hargainya..

Malaysia dipilih sebagai destinasi kedua bagi RACE START! RUNNING MAN FANMEETselepas Hong Kong.. Dengan ini memberi peluang kepada peminat2 Malaysia bertemu 'face to face' dengan empat jejaka kacak Running Man itu.. Peminat juga boleh bergambar dan mendapatkan tandatangan empat selebriti rancangan realiti popular pada 7 september 2013 bertempat di pusat membeli-belah Kenanga Whole City (KWC), Kuala Lumpur. Tiket2 adalah sangat terhad.. Siapa cepat dia dapat.. ^^



Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai 2013, jam 11 pagi hingga 5 petang bertempat dilevel 15, Star Stage, KWC Fashion Mall. Untuk maklumat lanjut, layarihttp://www.bigpocketgroup.com atau www.facebook.com/Bigpocketgroup88. Online bookings terdapat melalui TicketCharge pada 21 Julai 2013. Harga, kedudukan dan kelebihan setiap tiket adalah berbeza seperti berikut :


Pakej Premium RM689
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej VIP RM469
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah - 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media

Pakej RM369
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej RM269
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej RM169
Poster RM edisi terhad

Apa lagi? Simpan duit dan cepat dapatkan tiket2 di tiket launch pada 20 Julai 2013 bermula 11.00 a.m - 5.00 p.m bertempat di 15th Floor. Star Stage, KWC Fashion Mall.. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.bigpocketgroup.com atau  www.facebook.com/Bigpocketgroup88. 

Jadi bersedialah bersama hadiah, banner dan mechandise2 korang untuk berjumpa dengan empat jejaka2 kacak ini.. Jumpa korang disana!!><

Assalammualaikum.. Annyeong!!!

No comments:

Post a Comment

Olaf the Snowman - Disney's Frozen